Thursday, 11 August 2011

Kueh Bijan

Kueh Bijan..pernah makan kan..kueh ni kegemaran  anak sulung saya dan suami saya..biasa klau balik kampung adik pompuan saya akan buat untuk laki dia ,kami cuma menumpang mkn jer..so di bulan pose ni terlebih rajin pulak sebab kesian tengok inti kelapa berlebih kat peti sejuk tu takut nanti membazir pulakkan..so call adik tanya camne resepi dia..Jom!

Bahan-bahan
tepung pulut + tepung gandum satu cawan 1/2
garam secubit
bijan
air

 inti kelapa
kelapa muda parut putih je 1/2 biji
gula merah 1 cawan
gula putih   3 sudu besar(ikut suka)
air   1 1/2 cawan
daun pandan 2 helai
tepung gandum 1 sudu

cara buat inti
1.mula-mula masak gula merah dengan air dan sehelai daun pandan.
2.kemudian tapis untuk buang pasir.
3.dipiuk lain, masukkan kelapa dan air gula merah tadi bersama-sama dengan gula pasir.
4.agak-agak nak kering masukkan tepung gandum ,kacau hingga pekat.
setelah pekat boleh di angkat

untuk buat kueh bijan
1.dalam satu bekas masukkan tepung pulut dan tepung gandum dan air yang dimasukkan secubit garam
masukkan air sedikit -sedikit hingga adunan menjadi doh.
2.setelah itu buat bulat-bulat saiz kueh bijan tersebut dan masukkan iti dan tutupkan ,lepas tu gelekkan bijan penuh.
3.kemudian bolehlah goreng dengan api yang perlahan dan minyak yang penuh.


No comments:

Post a Comment