Puff Sardin..same seperti yang kita beli kat bakery tu..sedap sangat tak tipu..dan cara buat pon senang..
Bahan :
1 paket roti paratha/roti canai(plain punya) - jenama kawan
1 tin sardin
2 sudu mayonis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
1 sudu teh cili boh
garam secukup rasa /asam limau
Cara (Inti) :
1.Tumis bawang sehingga layu.
2.Masukkan cili boh goreng sampai masak.Masukkan sardin...penyek2kan sardin bagi hancur
3.Masukkan garam dan asam limau.
4. Masukkan mayonis & gaul rata.
Cara (Pastry)
1.Keluarkan paket roti paratha dr peti sejuk (biarkan lembut sekejap) Potong 3 (buat macam pecahan)
2.Bentang roti paratha. Masukkan inti dan lipat. Kelim tepi pastry dgn garfu.
3.Lorekkan atas pastry dengan pisau.
4.Sapu kuning telur atas pastry.
5.Bakar sehingga kekuningan.
nak rasa yang ni...nnti wat kn!
ReplyDeleteok..esok nani bawak kat umah ayue..join tau ramai2 baru best!
ReplyDeletegerenti roy suke..ayue semalam siap tapau 2 keping bagi jit rasa..
ReplyDelete